ALIRA Hub  ·  Bengkel Penyeragaman Daerah Julau
01 / 22Taklimat Rasmi
Ikon aplikasi ALIRA Dict PPD Julau · Unit Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran

Bengkel / Taklimat Penyeragaman ALIRA Hub Daerah Julau

Sumber Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahasa Inggeris — berasaskan KSSR Semakan 2017 CEFR Tahun 1–6 serta trek Pemulihan.

Tarikh
27 Ogos 2026 (Khamis)
Masa
2:30 petang
Tempat
Dalam talian — Google Meet  ·  meet.google.com/guk-qkrr-ymq
Rujukan
PPDJ. 600-2/6/1 jld2 ( ) — 13 Ogos 2026

Pembentang: En. Wong Siew Ming — Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran, PPD Julau (Pemilik Projek ALIRA Hub)

“Mansang Julau Mansang”

02 / 22Pengenalan

Tujuan Taklimat

Apa yang kita capai hari ini

  1. Faham apa itu ALIRA Hub dan ekosistem lengkapnya.
  2. Kenali kandungan — apl ALIRA Dict dan modul PDF Tier 1 / 2 / 3.
  3. Sepakat cara penyeragaman penggunaan di semua sekolah rendah Daerah Julau.
  4. Bawa balik satu pelan tindakan peringkat sekolah.
03 / 22Pengenalan

Aliran Sesi

Agenda

  1. Konteks & keperluan
  2. ALIRA Hub & ekosistem
  3. Kandungan: apl ALIRA Dict
  4. Kandungan: modul PDF Tier 1 / 2 / 3
  5. Ciri “Imbas untuk Bantuan”
  6. Penyeragaman, peranan & pelan tindakan
  7. Soal jawab + demo langsung
04 / 22Bahagian A · Konteks

Bahagian A · Mengapa

Kenapa perlu diseragamkan?

  • Sebahagian besar murid Tahap 2 masih berada di TP1–TP2 dalam Bahasa Inggeris — perlukan bahan yang bermula daripada pengecaman perkataan asas.
  • BBM Bahasa Inggeris tidak seragam antara sekolah — setiap guru mencari, membeli atau membina bahan sendiri.
  • Capaian internet luar bandar tidak menentu — bahan dalam talian sahaja tidak boleh diharap semasa PdP.
  • Keperluan: satu sumber percuma, luar talian, selari 100% dengan KSSR, dan sama untuk semua sekolah.
05 / 22Bahagian A · Definisi

Bahagian A · Definisi

ALIRA Hub, secara ringkas

Adaptive Learning & Interactive Resource Association Hub — ekosistem BBM digital Bahasa Inggeris yang berfungsi sepenuhnya luar talian.

  • Berasaskan KSSR Semakan 2017 CEFR — Tahun 1 hingga 6, serta trek Pemulihan.
  • Dibina oleh guru, untuk guru, ibu bapa & murid.
  • Inisiatif di bawah Program Perantisan NPQEL @ SJK Yuk Kung.
  • Titik masuk tunggal: go.gov.my/ALIRA.
Percuma Luar Talian Tiada Log Masuk Tiada Iklan
06 / 22Bahagian B · Ekosistem

Bahagian B · Gambaran Menyeluruh

Lima komponen, satu ekosistem

ALIRA Hubgo.gov.my/ALIRA
01

Portal Rasmi

Pusat capaian tunggal ke semua bahan ALIRA Hub.

02

Repositori Gambar & Prompts AI

Koleksi gambar BBM dan senarai prompt AI untuk guru.

03

Apl ALIRA Dict

Aplikasi Android percuma — kamus bergambar + aktiviti.

04

ALIRA Batch PDF & ALIRA for Windows

Versi luar talian untuk komputer sekolah.

05

Modul PDF Tier 1 / 2 / 3

Lembaran cetak disusun ikut Tahap Penguasaan murid.

07 / 22Bahagian B · Portal

Bahagian B · Portal

go.gov.my/ALIRA — satu pautan untuk semua

  • Pusat capaian tunggal ke semua bahan ALIRA Hub.
  • Pautan ekosistem: ALIRA Batch PDF & ALIRA for Windows (luar talian), ALIRA Dict @ Google Play, slaid & sumber rujukan.
  • Disemak & dikemas kini oleh Unit Pemulihan Khas, PPD Julau.
  • Kod QR projek untuk capaian pantas — imbas & terus masuk.
08 / 22Bahagian B · Apl

Bahagian B · Apl ALIRA Dict

Kamus bergambar di dalam poket

  • Galeri gambar → kosa kata, frasa & ayat contoh untuk setiap perkataan.
  • Butang sebutan Bahasa Inggeris (🔊 TTS) pada setiap perkataan & ayat.
  • Tapis ikut Tahun & topik; carian pantas.
  • Mod Kad Imbas — gambar dahulu, ingat semula.
  • 100% luar talian selepas dipasang.
Skrin galeri ALIRA Dict
Galeri — tapis ikut Tahun / topik
Skrin perkataan dengan butang sebutan
Perkataan + sebutan (TTS)
Skrin kad imbas
Mod Kad Imbas
09 / 22Bahagian B · Apl

Bahagian B · Apl ALIRA Dict

Bukan sekadar kamus — lapan aktiviti berpandu

Isih Kata

Susun perkataan ikut Kata Nama / Kerja / Adjektif.

Teka Silang Kata

Isi jawapan daripada klu — ketik klu untuk melompat.

Susun Semula Ayat

Ketik perkataan mengikut susunan yang betul.

Pembina Ayat SVP

Susun cebisan Subjek / Kata Kerja / Predikat.

Komik Tatabahasa

Cerita bergambar 8-panel + soalan Semak Faham.

Penulisan Berpandu

Tulis emel berpandu daripada senarai kosa kata & frasa.

Pengembangan Nota

Kembangkan notis bertajuk kepada emel penuh (format UASA).

Respons Gambar

Tulis perenggan memberi DUA alasan berdasarkan gambar.

Skrin teka silang kata
Teka Silang Kata
Skrin pembina ayat SVP
Pembina Ayat SVP
Skrin susun semula ayat
Susun Semula Ayat
10 / 22Bahagian B · Inklusiviti

Bahagian B · Sokongan Pelbagai Bahasa

Makna dalam bahasa ibunda murid

  • Makna & terjemahan boleh ditukar: Bahasa Melayu · Cina · Iban.
  • Teks sasaran & sebutan kekal Bahasa Inggeris sepanjang masa — sokongan kefahaman sahaja, tidak mengubah apa yang dibunyikan.
  • Nota jujur: terjemahan Iban ialah hasil mesin yang belum disahkan penutur jati — notis semakan kekal dipaparkan apabila Iban dipilih.
Skrin tetapan bahasa dan suara
Tetapan — bahasa & suara TTS
11 / 22Bahagian B · Skala

Bahagian B · Kandungan Dalam Angka

Apa yang sudah siap

PerkaraJumlah
Kad kamus bergambar1,017
Pemulihan300
Tahun 1 / 2 / 398 / 93 / 135
Tahun 4 / 5 / 6154 / 125 / 112
Kosa kata9,027
Frasa4,167
Ayat contoh4,068
Tugasan Penulisan Berpandu (emel)58
Tugasan Pengembangan Nota (UASA)58
Tugasan Respons Gambar60
Komik Tatabahasa (8 panel setiap satu)53
Poster Cerita31

Angka setakat penyediaan slaid ini — kandungan dikemas kini secara berterusan.

12 / 22Bahagian C · Modul PDF

Bahagian C · Modul PDF Percetakan

Tier 1 — Pengecaman Gambar Asas

  • Sasaran: murid TP1–TP2 — peringkat mengecam & mengingati perkataan asas, bukan menulis ayat.
  • Setiap set: Lembaran Pengecaman Gambar · Kad Imbas (gambar + ingat semula) · Lembaran Isih Kata (Nama / Kerja / Adjektif).
  • Liputan: trek Pemulihan + Tahun 1–6 — satu fail PDF gabungan bagi setiap tahap.
Skrin permainan isih kata
Isih Kata — Nama / Kerja / Adjektif
Skrin kad imbas
Kad Imbas — ingat semula
13 / 22Bahagian C · Modul PDF

Bahagian C · Modul PDF Percetakan

Tier 2 — Aplikasi Berpandu (TP3, Tahun 4–6)

Jenis 1

Latihan

Teka Silang Kata · Susun Semula Perkataan/Ayat · Pembina Ayat SVP.

Jenis 2

Komik Tatabahasa

Komik 8-panel mengajar satu peraturan melalui cerita sebelum menamakannya, diikuti soalan Semak Faham.

Jenis 3

Poster Cerita

Poster A3 cerita bergambar penuh (narasi + dialog watak), diikuti soalan kefahaman aneka pilihan (MCQ).

Skrin komik tatabahasa
Komik Tatabahasa — baca cerita
Skrin semak faham komik
Semak Faham — pilih perkataan betul
14 / 22Bahagian C · Modul PDF

Bahagian C · Modul PDF Percetakan

Tier 3 — melibatkan ibu bapa (Tahun 4–6)

  • Bahagian 6 — Penulisan Berpandu: format emel.
  • Bahagian 7 — Pengembangan Nota: kembangkan iklan/notis bertajuk kepada emel penuh.
  • Respons Gambar: perenggan memberi alasan berdasarkan gambar rangsangan.
Tiada kunci jawapan dicetak dalam mana-mana modul — jawapan model disemak melalui apl percuma ALIRA Dict.
Skrin pengembangan nota - baca notis
Pengembangan Nota — baca notis
Skrin pengembangan nota - kosa kata
Pengembangan Nota — kosa kata
15 / 22Bahagian C · Jambatan

Bahagian C · Cetak ↔ Apl

Ciri “Imbas untuk Bantuan”

  • Setiap set/topik, komik tatabahasa & poster cerita dalam modul Tier 1 & Tier 2 membawa satu kod QR kecil di penjuru bawah-kanan setiap muka surat.
  • Buka apl ALIRA Dict → ketik butang skrin terapung → imbas → terus ke aktiviti yang sepadan dalam apl, lengkap sebutan TTS.
  • Berfungsi sepenuhnya luar talian — tiada internet diperlukan untuk mengimbas.
Butang imbas terapung pada skrin galeri
Butang skrin terapung
Skrin pengimbas kod QR
Imbas kod pada lembaran
Contoh kod QR
Kod QR pada muka surat modul
16 / 22Bahagian C · Sokongan Guru

Bahagian C · Sumber Rujukan untuk Guru

Bahan bantu menghasilkan BBM berbantukan AI

Rumusan Bengkel

Kejuruteraan Prompt Imej untuk Guru

Oleh En. Sean Chen Tieu Wei (PPD Sibu) — panduan menulis prompt imej yang tepat untuk BBM.

Kolaborasi

Modul Part 7 — English for Food & Nutrition

Kolaborasi bersama UTS Sarawak.

Repositori

Koleksi Prompts AI

Senarai prompt sedia guna dalam portal ALIRA Hub.

17 / 22Bahagian D · Inti

Bahagian D · Inti Taklimat

Satu piawai untuk semua SR Daerah Julau

ALIRA Hub dicadangkan sebagai sumber BBM Bahasa Inggeris rasmi & sepunya semua sekolah rendah Daerah Julau.

  • Rujukan kosa kata & istilah yang sama merentas sekolah.
  • Set aktiviti & modul yang sama, disusun ikut Tahap Penguasaan.
  • Murid berpindah sekolah tetap kekal seiring.
  • PPD boleh menyokong & memantau dengan satu piawai.
18 / 22Bahagian D · Praktikal

Bahagian D · Cadangan Pelaksanaan

Enam langkah di peringkat sekolah

  1. Muat turun modul Tier ikut tahap murid dari go.gov.my/ALIRA.
  2. Rujuk & selitkan dalam RPH / PdP Bahasa Inggeris.
  3. Guna Tier 1 dalam kelas & sesi pemulihan.
  4. Sedia peranti / makmal komputer untuk ALIRA Dict atau ALIRA for Windows.
  5. Edar modul Tier 3 kepada ibu bapa murid Tahun 4–6.
  6. Pamer kod QR projek di sudut Bahasa Inggeris.
19 / 22Bahagian D · Peranan

Bahagian D · Siapa Buat Apa

Empat peranan

Pentadbir

Guru Besar

Luluskan penggunaan, sedia kemudahan, pantau pelaksanaan.

Penyelaras

Penyelaras BBM

Selaras muat turun & edaran modul; jadi rujukan sekolah.

Pelaksana

Guru Bahasa Inggeris

Integrasi dalam PdP & pentaksiran bilik darjah; guna bersama murid.

Sokongan

PPD Julau — Unit Pemulihan Khas

Kemas kini portal, latihan susulan, sokongan teknikal, semakan berkala.

20 / 22Bahagian D · Langkah Seterusnya

Bahagian D · Pelan Tindakan & Garis Masa

Selepas taklimat

  1. Segera
    Lantik / sahkan Penyelaras BBM sekolah; sertai portal.
  2. Dalam 1 minggu
    Muat turun modul relevan; taklimat dalaman panitia Bahasa Inggeris.
  3. Dalam 1 bulan
    Mula guna dalam PdP & pemulihan; edar modul ibu bapa.
  4. Berkala
    Laporan penggunaan ringkas ke PPD; kongsi amalan baik; PPD adakan semakan / latihan susulan.
21 / 22Bahagian D · Mula Hari Ini

Bahagian D · Cara Mula

Tiga langkah sahaja

  1. Layari go.gov.my/ALIRA.
  2. Pasang ALIRA Dict dari Google Play — atau salin ALIRA for Windows ke komputer sekolah.
  3. Muat turun modul PDF Tier ikut Tahap Penguasaan murid & mula guna.
Kod QR projek ALIRA Hub
Imbas untuk terus ke portal projek
22 / 22Bahagian D · Penutup

Bahagian D · Sokongan & Maklum Balas

Kami sokong sepanjang jalan

Saluran sokongan
Unit Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran, PPD Julau
E-mel
siew.ming@moe.gov.my
Telefon
084-734294
Pembentang
En. Wong Siew Ming — PPPD Unit Pemulihan Khas (Pemilik Projek ALIRA Hub)
Sesi diteruskan dengan soal jawab + demo langsung aplikasi ALIRA Dict.

“Mansang Julau Mansang”